teka teki2


mudah jer...mental calculation

A bus is driving with 7 girls inside,
Each girl has 7 bags,
Inside each bag, there are 7 big cats,
Each big cat has 7 small cats,
All cats have 4 legs each,

Question: How many legs are there inside the bus?

TEKA TEKI TEKA TEKOK

Ni ada teka teki....sape2 rajin jawab la k..

camni ceritanya...

Ada 3 orang pelancong dari negeri Indera Kandangan ,nama dia Irfan, Hafidz dan Danish.
Diaorang nak sewa sebuah bilik jer kat hotel Anekapilihan. Harga semalam RM150 jer..So setiap seorang keluarkan RM50 dari poket masing-masing dan bagi pada tokei empunya hotel, Mr A. Hari tu plak besday Mr A so dia kasik discount RM50...Mr A pun panggillah salah seorang pekerja dia yang rupa ala-ala chinese skit...cik sakura. " Nah ah moi, u kasi pulang ini RM50 sama 3 pelancong tadi, i kasik diskaun rm5o..ini hari banyak happy" sambil menghulur 5 keping note RM10. So cik Sakura malas nak tukar duit kepada singgit2...cik sakura pulangkan rm10 kepada ke tiga-tiga pelancong tadi dan baki rm20 cik sakura amek untuk beli topap hp.

So persoalannya....Mula Irfan, Hafidz, danish bayar RM50 setiap orang. Then cik sakura pulangkan RM10 ...means Irfan, Hafidz, Danish ni bayar seorang rm40 jer la kan...
RM40 x 3 org = RM120....+ RM20(yg cik sakura amek wat bli topap) = RM140....

aik mana ilang rm10???? td kan rm150????


hah selesaikan lah persoalan ni yek....

DISEBALIK POCO-POCO...HENTIKANLAH

PETIKAN DARI EMEL YANG DITERIMA...MENGUCAP PANJANG SELEPAS MEMBACA....YA ALLAH MOHON DI AMPUNKAN DOSA UMAT MU INI...

Ntah betul ke tidak wallahualam. ...

Dipanjangkan. .....

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini

"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini. WALLAHUALAM